X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

'Tidak wajar tuding jari kepada Anwar kalah PRN Melaka'

Anwar Ibrahim
A
A

SHAH ALAM - Setiap keputusan yang dicapai dalam Pakatan Harapan (PH) adalah secara konsensus dan bukannya individu, kata Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Halimey Abu Bakar.

Menurut Halimey, berikutan itu adalah sangat tidak wajar mana-mana pimpinan PH menuding jari kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.

Halimey berkata, PH sebaliknya perlu melakukan perubahan khususnya dalam strategi memenangi hati pengundi luar bandar dan anak muda yang dilihat menjadi antara faktor kekalahan dalam PRN berkenaan.

"Pesanan ikhlas buat semua pimpinan parti komponen agar lebih berhati-hati dan berhemah dalam mengeluarkan sebarang kenyataan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak adil desak Anwar letak jawatan: Hanipa

Didesak berundur selepas kalah PRN Melaka, ini jawapan Anwar

Halimey berkata demikian sebagai maklum balas terhadap gesaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut dari DAP, Lee Chin Chen yang mendesak Anwar berundur daripada menerajui gabungan parti pembangkang itu susulan kekalahan teruk PH pada PRN Melaka, Sabtu lalu.

Halimey Abu Bakar
Halimey Abu Bakar

Mengulas lanjut, Halimey yang juga ADUN Seri Setia turut mengingatkan Chin Chen agar dapat menghormati pimpinan utama PH dan memelihara hubungan sesama parti komponen.

"Peliharalah hubungan sesama parti komponen PH dan janganlah sampai anda dijadikan alat oleh musuh," katanya.

Tambahnya, PKR Selangor menyeru semua pimpinan dan akar umbi PH untuk terus menumpukan perancangan dan gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

"Walaupun Barisan Nasional (BN) menang di Melaka, namun statistik peratusan undi popular masih diraih PH dalam kalangan rakyat di sana," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!