Isu kedudukan Anwar: PH harus bertanggungjawab secara kolektif

Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Jimmy Puah Wee Tse
Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Jimmy Puah Wee Tse
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kedudukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas prestasi hambar ditunjukkan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini, perlu diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan.

Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, kekalahan pada PRN Melaka tidak seharusnya diletakkan pada seorang individu sahaja.

"Masing-masing ada pandangan tetapi berkenaan prestasi buruk PH dan masa depan Anwar pada PRN Melaka baru-baru ini lebih baik diserahkan kepada pucuk pimpinan.

"PH harus bertanggungjawab secara kolektif atas kekalahan itu dan perlu melakukan 'post mortem' bagi mencari punca namun diakui strategi PH agak kekurangan berbanding parti lain," katanya ketika sidang akhbar selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri yang ke-14 di sini pada Selasa.

Beliau mengulas gesaan pelbagai pihak termasuk pemimpin dalam parti gabungan PH yang menuntut supaya Anwar berundur selepas penampilan suram gabungan itu dalam PRN Melaka.

Gesaan agar Ketua Pembangkang itu berundur dibuat selepas penampilan suram PKR yang kalah kesemua 11 kerusi yang ditandingi dalam PRN Melaka.

Pengkritik antara lain mendakwa keputusan Anwar mewajarkan tindakan mengambil 'katak politik' daripada UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan alasan untuk mengembalikan mandat rakyat, sebagai antara punca kekalahan tersebut.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar perlu letak jawatan, bertanggungjawab atas kekalahan PH