Bekas Presiden dan diktator Korea Selatan meninggal dunia

Gambar fail menunjukkan Chun Doo-hwan (kanan) mengundi pada Pilihan Raya Presiden Korea Selatan pada tahun 2017. - Foto Yonhap
Gambar fail menunjukkan Chun Doo-hwan (kanan) mengundi pada Pilihan Raya Presiden Korea Selatan pada tahun 2017. - Foto Yonhap
A
A
A

SEOUL - Bekas diktator Korea Selatan, Chun Doo-hwan yang juga Presiden kelima negara itu meninggal dunia di rumahnya pada Selasa ketika berumur 90 tahun, menurut laporan media.

Beliau meninggal dunia di Seoul setelah sakit berpanjangan dan menghidap sejenis kanser darah, lapor agensi berita negara itu, Yonhap.

Doo-hwan yang pernah menangani para penentangnya dengan kekerasan sehingga berlakunya tunjuk besar-besaran bagi menyingkirkannya pada tahun 1988.

Semasa pentadbirannya, ekonomi negara tersebut meningkat naik dan beliau berjaya memenangi hak untuk membolehkan Korea Selatan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik buat pertama kali diadakan di Asia pada tahun 1988.

Doo-hwan merupakan seorang jeneral tentera dan merampas kuasa pada tahun Disember 1979.

Dia dilaporkan merampas kuasa selepas Choi Kyu-ha menjadi Pemangku Presiden berikutan pembunuhan Park Chung-hee iaitu Presiden ketiga negara tersebut yang juga seorang bekas jeneral tentera.

Beliau dihukum mati oleh sebuah mahkamah pada tahun 1996 setelah didapati bersalah kerana melakukan rampasan kuasa sebelum hukumannya ditukar kepada penjara seumur hidup dan diampunkan oleh bekas Presiden, Kim Young-sam.- Agensi

Artikel Berkaitan: