Covid-19: The Datai Resort Langkawi tutup operasi 10 hari

Kenyataan The Datai Resort Langkawi di laman sesawang rasminya pada Isnin.
Kenyataan The Datai Resort Langkawi di laman sesawang rasminya pada Isnin.
A
A
A

LANGKAWI - Sebuah resort lima bintang di sini mengambil langkah pencegahan menutup operasi selama sepuluh hari bermula Isnin berikutan terdapat penularan kes Covid-19 dalam kalangan pekerjanya.

The Datai Resort Langkawi dalam satu kenyataan di laman sesawang rasminya pada Isnin memaklumkan, terdapat 16 kes positif dikesan dalam saringan berkala secara rawak yang dilakukan kepada pekerja resort.

Katanya, pekerja yang didapati positif sudah diasingkan bagi menjalani kuarantin.

"Kami telah mengambil langkah untuk mengesan kontak rapat, dan mendapati ada kes positif turut dikesan menyebabkan protokol kuarantin diaktifkan oleh pihak pengurusan," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut, bagi memastikan keselamatan pengunjung, selain menutup operasi premis, pihaknya akan melakukan sanitasi menyeluruh sejajar dengan keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Pihak hotel memohon maaf kepada pengunjung yang terjejas disebabkan penutupan tersebut.

"Pengunjung yang telah membuat tempahan akan dihubungi dengan kadar segera dan diberi pilihan sama ada membuat pertukaran tarikh atau pembatalan secara percuma tanpa sebarang penalti dikenakan," katanya.

Artikel Berkaitan: