Tuah pemenang bawa pulang Proton Eksekutif X70 2WD

Ameer Ali (tengah) dan Ketua MyDebit, Damien Lee (kiri) bersama dua wakil dan seorang pemenang Hadiah Utama.
Ameer Ali (tengah) dan Ketua MyDebit, Damien Lee (kiri) bersama dua wakil dan seorang pemenang Hadiah Utama.
A
A
A

TIGA pelanggan bertuah Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) berjaya membawa pulang hadiah utama sebuah Proton Eksekutif X70 2WD bernilai RM107,000 setiap satu menerusi kempen 'MyDebit dan Menang 2020' yang berlangsung pada 20 Ogos hingga 31 Disember tahun lalu.

Mydin bersama rakan strategiknya, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) menawarkan hadiah bernilai RM640,000 secara keseluruhan dan terbuka kepada semua pelanggan yang membuat pembayaran minimum RM63 dalam satu resit menggunakan kad ATM MyDebit.

Isteri kepada pemenang Hadiah Utama, Rafidah Mohd Razi, 34, tidak menyangka dengan berbelanja sebanyak RM99 menggunakan kad ATM MyDebit di Mydin, suaminya, Nik Mohd Yusri Nik Harun, 38, dapat membawa pulang kereta idaman ramai itu.

“Saya wakil kepada suami sangat gembira dan berterima kasih kepada ALLAH SWT atas kemenangan ini. Saya tidak menyangka suami dapat membawa pulang kereta impiannya.

“Ini adalah cara yang sangat baik bagi mempromosikan penggunaan kad ATM MyDebit untuk membuat pembayaran di pasar raya,” katanya.

Wanita yang berasal dari Selangor itu ditemui Sinar Harian selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang kempen 'MyDebit dan Menang 2020' di Mydin USJ, di sini pada Isnin.

Seorang lagi wakil pemenang Hadiah Utama, Naseer Khan Mohd Ibrahim, 66, bersyukur kerana anaknya, Leherra Parven Naseer Khan, 36, terpilih menjadi pemenang bagi kategori berkenaan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Mydin dan MyDebit. Selepas ini saya dan keluarga tidak akan teragak-agak menggunakan kad ATM MyDebit apabila melihat tanda MyDebit di kaunter pembayaran,” ujar bapa Laherra Parven yang berasal dari Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan:

Seorang lagi pemenang, Asma Abdul Ghani, 41, yang berasal dari Sungai Petani turut berterima kasih kepada Mydin dan MyDebit kerana dengan kempen seumpama ini dia berpeluang memiliki kereta Proton X70 Eksekutif 2WD.

“Alhamdulillah saya sangat gembira dan tidak sangka dapat rezeki sebesar ini. Diharap kempen sebegini diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Selain hadiah utama, 18 pelanggan bertuah turut memenangi bekalan barangan runcit iaitu enam pemenang hadiah pertama menerima bekalan barangan runcit selama dua tahun bernilai RM24,000 setiap seorang.

Enam pemenang tempat kedua pula memenangi bekalan barangan runcit selama setahun bernilai RM8,400 setiap seorang dan enam lagi pemenang tempat ketiga memenangi bekalan barangan runcit bernilai RM6,000 setiap seorang.

Seramai 627 pemenang mingguan pula bertuah turut dihadiahkan baucar Mydin bernilai RM150 setiap seorang sepanjang 19 minggu kempen tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, pengendali skim kad ATM MyDebit, Peter Schiesser berkata, matlamat utama ialah menyokong inisiatif negara agar rakyat sedar akan manfaat e-pembayaran.

“Ia sekali gus dapat menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi negara yang dipacu secara digital, berpendapatan tinggi, di samping meneraju ekonomi digital serantau,” katanya.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin pula berkata, ia merupakan tahun ketiga Mydin menjalinkan kerjasama strategik dengan MyDebit bagi menghargai pelanggan mereka.

Tambah beliau, matlamat utama pihaknya untuk memupuk kesedaran dalam kalangan pelanggan mengenai inovasi pembayaran tanpa sentuh dan tanpa tunai terutama ketika negara sedang menghadapi pandemik Covid-19.

“Selain itu, kempen seperti dapat menggalakkan pelanggan membayar secara digital di samping meminimumkan kontak serta mempercepatkan proses pembayaran di kaunter bayaran,” ujar Ameer Ali.