Dua modul bantu atasi murid berdepan masalah 3M

Mazlan
Mazlan
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Sebanyak 51,519 naskhah modul Modul Pembugaran Literasi dan Numerasi Berfokus (MoLIB) telah kepada murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) di negeri ini yang mempunyai masalah 3M ( membaca, mengira dan menulis) diedarkan sejak Oktober lalu.

Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata langkah itu dibuat bagi memastikan murid Tahap 1 mengusai kemahiran 3M berikutan penutupan sekolah akibat Covid-19 sebelum ini.

"Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) telah menggerakkan pelbagai usaha dalam menangani masalah 3M murid Tahap 1. Murid-murid dibekalkan dengan modul yang sesuai mengikut aras semasa PKP bagi memastikan proses Pengajaran dan Pembelarajan di Rumah (PDPR) dilaksanakan seperti yang telah dirancang.

"Selepas pandemik pula JPNJ telah menggerakkan penggunaan Modul Literasi dan Numerasi Berfokus (MoLIB) yang dibangunkan oleh Institut Pendidikan Guru khusus kepada 40 sekolah rintis Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN).

"Selain itu Modul Pemugaran Literasi dan Numerasi dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum di bawah inisiatif KPMPerkasaku melibatkan semua sekolah rendah," katanya pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14, di sini, pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Nor Rashidah Ramli (Pasir Raja- BN) yang bertanya mengenai usaha JPNJ memastikan murid mengusai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas tempoh pandemik Covid-19.

Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa berkata, bimbingan dan pemantauan telah digerakkan di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah bagi memastikan penggunaan modul terbabit digunakan secara maksimum.

Tambah beliau, usaha terbabit dapat mempercepatkan proses penguasaan kemahiran 3M dalam kalangan murid yang mempunyai masalah penguasaan 3M.

Artikel Berkaitan: