Kesihatan mental gadis kembali pulih selepas peluk Islam

Persephome Rizvi - Foto BBC
Persephome Rizvi - Foto BBC
A
A
A

LONDON - Seorang gadis, Persephome Rizvi menceritakan baru-baru ini bahawa kesihatan mentalnya kembali pulih selepas dia memeluk agama Islam sejak tujuh tahun lalu.

Rizvi, 27, yang membuat pendedahan itu dalam satu rakaman dokumentari terbitan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berkata, hatinya tergerak mahu membunuh diri berikutan gaya hidupnya sebelum mengambil keputusan menjadi seorang Muslim.

Sebelum memeluk agama Islam, kerap kali, dia terlibat dengan kegiatan tidak sihat seperti meminum minuman keras dan berparti sehingga pada jam 4 atau 5 pagi serta melibatkan diri dengan pergaduhan.

Rizvi dari Huddersfield ketika bercakap dalam dokumentari itu yang berjudul 'This Girls Changed' yang kini memakai hijab berkata, gaya hidupnya berubah setelah dia memeluk agama Islam.

Islam telah mengubah egonya, caranya bercakap dan tidak lagi bergosip dan mengata-gata orang.

Selepas menjadi Muslimah, Rizvi membuang pakaian-pakaian tidak sesuai dipakai berdasarkan agama Islam, membuang kuku palsu, menukar nama di Facebook dan memadamkan gambar-gambar yang menjolok mata.

Dokumentari itu menunjukkan sebuah taman iaitu tempat dia cuba untuk membunuh diri.

Ibu bapanya pula memberikan sokongan penuh kepada gadis itu untuk memeluk agama Islam. - Agensi

Artikel Berkaitan: