Kenya pilih Proton X70 sebagai kenderaan rasmi polis

Majlis penyerahan Proton X70 kepada Kenya Police Service di ibu pejabat Simba Corporation di Mombasa Road, Kenya kelmarin. - Foto Facebook Proton Kenya
Majlis penyerahan Proton X70 kepada Kenya Police Service di ibu pejabat Simba Corporation di Mombasa Road, Kenya kelmarin. - Foto Facebook Proton Kenya
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tahniah dan syabas buat Proton kerana dipilih menjadi kenderaan rasmi polis di Kenya.

Itu antara reaksi pengguna laman sosial apabila melihat satu hantaran di laman Facebook Proton Kenya yang memaparkan deretan Proton X70 di salah sebuah syarikat pengimport kenderaan tersebut.

Menerusi hantaran di laman Facebook tersebut, Proton Kenya memaklumkan bahawa pihaknya telah menyerahkan sebanyak 30 unit SUV Proton X70 kepada pihak anggota keselamatan negara tersebut, ‘Kenya Police Service’ sebagai kenderaan rasmi mereka.

Jelas mereka, model SUV Proton X70 itu dapat membawakan gaya yang unggul, stabiliti lebih baik dan keselesaan buat Polis Negara Kenya semasa melaksanakan mandat mereka.

Majlis penyerahan Proton X70 kepada Kenya Police Service kelmarin. - Foto Facebook Proton Kenya
Majlis penyerahan Proton X70 kepada Kenya Police Service kelmarin. - Foto Facebook Proton Kenya

Menurut Proton Kenya, SUV tersebut yang mempunyai dua warna, biru dan hijau yang sebelum ini tidak pernah ditawarkan di Malaysia.

Majlis penyerahan 30 buah SUV Proton X70 itu telah diadakan di Ibu Pejabat Simba Corporation di Mombasa Road, kelmarin.

Model X70 merupakan kereta SUV pertama yang dilancar oleh Proton pada akhir tahun 2018 lalu dan sehingga kini ia terjual lebih 48,000 unit dalam masa dua tahun (2019-2020).

Proton X70 turut dieksport ke beberapa buah negara luar seperti Brunei, Indonesia, Pakistan dan pasaran yang terbaharu di Kenya pada Ogos tahun lalu sebagai model CKD (pemasangan tempatan).

Artikel Berkaitan:

Deretan Proton X70 yang akan digunakan sebagai kenderaan rasm Polis Kenya. - Foto Facebook Proton Kenya
Deretan Proton X70 yang akan digunakan sebagai kenderaan rasm Polis Kenya. - Foto Facebook Proton Kenya