PUNB peruntuk RM100 juta untuk inisiatif baharu 'SUCCESS'

PUNB memperuntukkan RM100 juta untuk inisiatif baharu, ‘Sustainable Accelerate Scheme’ (Skim Pecutan Mampan) (SUCCESS), bagi 200 rakan usahawan perbadanan sedia ada yang telah dikenal pasti.
PUNB memperuntukkan RM100 juta untuk inisiatif baharu, ‘Sustainable Accelerate Scheme’ (Skim Pecutan Mampan) (SUCCESS), bagi 200 rakan usahawan perbadanan sedia ada yang telah dikenal pasti.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) memperuntukkan RM100 juta untuk inisiatif baharu, ‘Sustainable Accelerate Scheme’ (Skim Pecutan Mampan) (SUCCESS), bagi 200 rakan usahawan perbadanan sedia ada yang telah dikenal pasti.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin berkata, peruntukan itu akan dibiayai sepenuhnya menggunakan dana dalaman PUNB.

“Inisiatif SUCCESS ini ditawarkan khas kepada Rakan Usahawan PUNB sedia ada bagi memastikan kelangsungan dan kelestarian perniagaan usahawan dalam mendepani cabaran era pandemik serta fasa pemulihan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Beliau berkata, inisiatif ini menawarkan pembiayaan bermula daripada RM100,000 sehingga RM1 juta dan skop pembiayaan adalah perbelanjaan operasi dan modal kerja.

"Permohonan yang berjaya akan diberi tempoh penangguhan selama tiga bulan ke atas prinsipal selepas pembiayaan disalurkan kepada usahawan," katanya.

Izwan berkata, PUNB komited untuk memastikan Rakan Usahawan PUNB pulih daripada impak pandemik dan menyediakan peluang untuk mereka mencapai kejayaan dalam perniagaan.

Usahawan PUNB yang dikenal pasti boleh menghantar permohonan berserta dokumen yang diperlukan secara dalam talian menerusi portal SUCCESS, www.punbbiz.com.my/success.

Proses kelulusan SUCCESS akan dibuat dalam tempoh tiga minggu waktu bekerja bagi pemohon yang mengemukakan dokumen lengkap. - Bernama

Artikel Berkaitan: