Jakim agih bantuan kepada golongan asnaf di Langkawi

Wakil dari pelbagai agensi agama seperti Jakim, LZNK dan MAIWP bergambar selepas menyampaikan bantuan sempena Program Ziarah Musaadah Menyantuni Asnaf dan Penduduk di Langkawi, pada Jumaat.
Wakil dari pelbagai agensi agama seperti Jakim, LZNK dan MAIWP bergambar selepas menyampaikan bantuan sempena Program Ziarah Musaadah Menyantuni Asnaf dan Penduduk di Langkawi, pada Jumaat.
A
A
A

ALOR SETAR - Golongan asnaf, golongan berpendapatan rendah (B40) dan pihak yang terkesan dengan Covid-19 di Pulau Tuba, Langkawi telah menerima bantuan sempena Program Ziarah Musaadah Menyantuni Asnaf dan Penduduk pada Jumaat.

Program selama tiga hari bermula pada Khamis itu anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jakim, Ruslan Said berkata, sumbangan itu bertujuan membantu penduduk yang mengalami penyakit kronik dan masalah kewangan serta bantuan untuk pelajaran anak.

"Sumbangan ini termasuk bantuan kepada masjid dengan jumlah keseluruhannya RM41,600.

"Golongan yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19 ini telah menerima sumbangan dengan penuh kesyukuran dan berterima kasih kepada penyumbang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebelum itu, Majlis Perasmian Program Ziarah Musaadah telah disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian Sumber Manusia Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shahrul Kamal Osman.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Datuk Zakaria Othman.

Inisiatif murni oleh pelbagai agensi ini merupakan manifestasi dari pendekatan Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Artikel Berkaitan: