Kenyataan Pengerusi PN Melaka bantah calon Ketua Menteri palsu

Kenyataan akhbar palsu yang tular di media sosial
Kenyataan akhbar palsu yang tular di media sosial
A
A
A

MELAKA - Perikatan Nasional (PN) menafikan kenyataan akhbar tular berkaitan ahli parti menzahirkan ketidakpuashatian melantik calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri.

Kenyataan dikeluarkan Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen itu disahkan palsu oleh Penyelaras Gerak Kerja Penerangan Kempen PN bagi PRN Melaka, Badrul Hisham Shaharin.

Dalam kenyataan akhbar palsu itu, Mohd Rafiq didakwa kecewa kerana PN membuat kesilapan kerana Mas Ermieyati bukan berasal dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Sebagai Naib Presiden Bersatu, saya menjunjung dan taat kepada perjuangan parti. Saya telah bersama Bersatu dari awal sebelum penubuhan dan berada dalam parti masa jatuh dan bangun.

“Namun parti membuat kesilapan dan pertaruhan yang besar bila melantik figura yang bukan asal dari 'kilang' Bersatu iaitu Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri.

“Ahli parti menzahirkan ketidakpuashatian di peringkat bawahan parti kepada saya sebagai Pengerusi PN Melaka,” dakwa kenyataan palsu itu pada Jumaat.

Tambah kenyataan palsu berkenaan, Bersatu Melaka menyifatkan pencalonan itu sebagai berat sebelah dan lebih berbentuk peribadi dan dendam.

Jelas kenyataan palsu itu lagi, ia dibuat tanpa mengambil kira kesan yang perlu dihadapi sekiranya ia gagal malah berjaya sekalipun.

Artikel Berkaitan:

“Kesetiaan calon pada parti Bersatu menjadi keraguan oleh ahli parti. Saya berharap parti buat ketetapan baharu kerana seorang yang lompat parti tidak harus dijadikan ketua,” dakwa kenyataan palsu itu lagi.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my