X

Kindly register in order to view this article
!

Boeing tawar bantuan siasat punca pesawat Ethiopian Airlines terhempas

CEO Ethiopian Airlines Tewolde Gebremariam turut berada di lokasi kejadian. - Foto ETHIOPIAN AIRLINES
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Syarikat pengeluar terkemuka kapal terbang komersil, Boeing menzahirkan kesedihan susulan tragedi yang menimpa penumpang pesawat Ethiopian Airlines hari ini.

Kesemua penumpang penerbangan ET 302 dari Addis Ababa ke Nairobi disahkan meninggal dunia apabila pesawat Boeing 737 yang berlepas pada jam 8:38 pagi waktu tempatan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bole terhempas sejurus berlepas.

Lokasi nahas pesawat Ethiopian Airlines terhempas.
Lokasi nahas pesawat Ethiopian Airlines terhempas.

"Boeing amat bersedih dengan berita kematian kesemua 149 penumpang dan lapan anak kapal pesawat terbabit dan pihak kami bersedia memberikan bantuan teknikal bagi menyiasat punca pesawat terhempas.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan bersedia menyokong pasukan Ethiopian Airlines," kata Boeing dalam satu kenyataan sambil menambah pasukan teknikal Boeing bersedia menghulurkan bantuan sekiranya diminta dan mendapat arahan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat.

Pesawat Boeing terbabit baharu dilancarkan pada tahun 2016 dan menjadi milik Ethiopian Airlines sejak Julai tahun lalu.- AFP/BBC

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines terhempas


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!