Air Sungai Golok meningkat, penduduk diminta berjaga-jaga

Anggota bomba melakukan tinjauan di kawasan Sungai Golok, Rantau Panjang. - Foto JBPM Rantau Panjang
Anggota bomba melakukan tinjauan di kawasan Sungai Golok, Rantau Panjang. - Foto JBPM Rantau Panjang
A
A
A

RANTAU PANJANG – Paras air di sungai-sungai utama di negeri ini menunjukkan kenaikan memandangkan beberapa kawasan mengalami taburan hujan berterusan sejak kebelakangan ini.

Menurut laman web rasmi publicinfo.banjir, sehingga jam 4 petang, paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang kini mencatatkan bacaan melebihi paras amaran 8 meter iaitu 8.84 meter.

Ketua Balai Bomba Rantau Panjang, Imran Ismail berkata, sehingga kini dua buah kampung terkesan dengan kenaikan air berkenaan iaitu Kampung Terusan dan Kampung Lanchang.

“Setakat ini tiada pemindahan berlaku cuma kebanyakan penduduk ini sudah bersedia awal dengan sebarang kemungkinan memandangkan musim tengkujuh sudah tiba,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Menurutnya, rutin harian di pekan Rantau Panjang masih berjalan seperti biasa namun bandar utama itu akan dimasuki air jika bacaan air Sungai Golok melebihi 10 meter.

Bagaimanapun, katanya, penduduk di sekitar kawasan rendah perlu sentiasa berjaga-jaga jika berlaku sebarang kemungkinan kenaikan air di kawasan kediaman mereka.

“Apa yang penting, seluruh masyarakat perlu segera bertindak apabila diarahkan. Dapatkan maklumat terkini daripada sumber yang sahih. Jangan mudah terperdaya dengan sumber yang tidak betul. Ia akan membahayakan keluarga kita,” katanya.

Artikel Berkaitan: