Israel tembak mati remaja Palestin

Gambar fail menunjukkan Polis Sempadan Israel mengawal kawasan dekat Kota Lama Baitulmaqdis. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan Polis Sempadan Israel mengawal kawasan dekat Kota Lama Baitulmaqdis. - Foto AFP
A
A
A

BAITULMAQDIS - Pasukan keselamatan Israel menembak mati seorang remaja Palestin yang berumur 16 tahun di Kota Lama Baitulmaqdis Timur dekat sebuah sekolah agama Yahudi pada Rabu.

Remaja tersebut ditembak mati selepas berlaku pergelutan dengan dua anggota polis.

Kejadian itu berlaku selepas berlaku insiden melibatkan penduduk Palestin dengan pihak berkuasa Israel di kawasan perumahan Issawiya, kata seorang wartawan AFP.

Menurut wartawan itu, remaja tersebut berasal dari kawasan perumahan tersebut.

Berikutan kejadian itu, beberapa orang telah ditahan dan disoal siasat kerana disyaki mempunyai kaitan dengan remaja Palestin itu, kata polis Israel.

Anggota-anggota polis yang cedera itu masing-masing terdiri daripada lelaki dan wanita.

Pada mulanya, remaja Palestin itu yang dikenali media Palestin sebagai Amr Abu-Assab ditembak oleh seorang awam bersenjata ketika dia melalui di tempat kejadian.

Bagaimanapun, dia ditembak sekali lagi oleh polis Israel dan sebelum terkorban di tempat kejadian. - Agensi

Artikel Berkaitan: