105 kebakaran berlaku di Terengganu bulan ini

Sharikan (kanan) ketika sidang media selepas mesyuarat penyelarasan projek pembinaan infrastruktur bagi pencegahan kebakaran dan pengurusan tanah gambut yang sering terbakar di Terengganu.
Sharikan (kanan) ketika sidang media selepas mesyuarat penyelarasan projek pembinaan infrastruktur bagi pencegahan kebakaran dan pengurusan tanah gambut yang sering terbakar di Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Terengganu merekodkan sebanyak 105 kes kebakaran dalam tempoh tidak sampai sepuluh 10 hari, bulan ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Sharikan Bustaman berkata, situasi itu berlaku dipercayai akibat peningkatan suhu ke paras 39 hingga 42 darjah celcius.

“Sehingga Mac 2019, kita ada 245 kes melibatkan kawasan seluas 132 hektar. Bulan ini sahaja sehingga semalam (9 Mac) kita catat sebanyak 105 kes kebakaran.

“Daerah Kemaman mencatatkan kes paling tinggi sebanyak 83 kes di kawasan seluas 43 hektar, diikuti 24 kes di Kuala Terengganu dan lain-lain daerah masing-masing di bawah 10 hingga 15 kes. Hulu Terengganu paling sedikit iaitu tidak sampai lima kes,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat penyelarasan projek pembinaan infrastruktur bagi pencegahan kebakaran dan pengurusan tanah gambut yang sering terbakar di Terengganu, semalam.

Sharikan berkata, buat masa ini, hanya sedikit kawasan daripada 131 hektar yang terbakar masih dalam proses pemadaman.

“Kebakaran masih terkawal dan kita sekarang mengambil langkah menangani kebakaran secepat mungkin dengan turut mendapatkan bantuan peralatan daripada jabatan dan agensi lain.

“Biasanya, kebakaran melibatkan tanah gambut akan cuba dipadamkan dalam tempoh tidak melebihi tiga hingga empat hari,” katanya.

Artikel Berkaitan: