Belanda kembali semula ke pusingan akhir Piala Dunia

Pemain-pemain Belanda meraikan kejayaan mara ke Qatar 2022.
Pemain-pemain Belanda meraikan kejayaan mara ke Qatar 2022.
A
A
A

DUA jaringan lewat perlawanan penyerang Belanda, Steven Bergwijn dan Memphis Depay memastikan The Oranje mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar tahun depan.

Kejayaan mara secara merit berstatus juara Kumpulan G itu hadir selepas Belanda menewaskan Norway 2-0 dalam aksi di Stadium Feyenoord, Rotterdam.

Untuk rekod, ini kali pertama Belanda mara ke temasya bola sepak terbesar dunia itu selepas tercicir pada edisi Rusia 2018, apabila hampir tercicir buat kali kedua setelah diikat 2-2 Montenegro sebelum ini.

Oranje menamatkan kempen kumpulan dengan 23 mata selepas mengharungi 10 perlawanan, dua mata mengatasi Turki, yang menang 2-1 ke atas Montenegro untuk memastikan tempat playoff diikuti Norway ketiga dengan 18 mata.

"Kami mengawal tempo permainan sepanjang 90 minit. Malah para pemain Belanda melaksanakan perancangan diarahkan dengan sempurna dan paling penting kami mara ke Qatar 2022," kata Ketua Jurulatih Belanda Louis van Gaal.

Sementara itu Depay berkata: "Komitmen para pemain menterjemahkan keputusan perlawanan ini. Biarpun ia bukan permainan terbaik kami tetapi tiada siapa yang akan mengambil peduli tentang itu sekarang.

“Sejujurnya ketika di kedudukan 0-0 sememangnya berbahaya kepada pasukan dan kami perlu berhati-hati tetapi kami tetap padu di bahagian belakang."

Artikel Berkaitan: