'Jangan pernah berhenti berkhidmat untuk masyarakat'

Muhammad Danish
Muhammad Danish
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Calon Pakatan Harapan (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N15 Pengkalan Batu, Muhamad Danish Zainudin sentiasa ingat pesanan ibunya supaya menjadi manusia yang berwibawa dan jangan pernah berhenti berkhidmat untuk masyarakat.

Ujar Muhamad Danish, setiap kali ketika bantuan dan perkhidmatan diperlukan, beliau akan membayangkan ibunya yang juga sumber inspirasi terbesar dirinya.

“Antara perkara pertama saya lakukan selepas diumumkan sebagai calon di DUN Pengkalan Batu adalah menelefon ibu saya.

“Ibu saya berpesan jadilah manusia yang berwibawa dan jangan pernah berhenti berkhidmat untuk masyarakat.

“Setiap suara merupakan aspirasi dan mempunyai pengaruh, setiap suara akan menentukan masa depan kita semua,” katanya dalam satu rakaman video yang disiarkan dalam YouTube pada Selasa.

Mengulas lanjut, Muhammad Danish turut mengingatkan supaya sama-sama saling membantu dan saling berbudi agar masyarakat menjadi lebih harmoni.

“Di saat kita mengalami kesulitan, kita harungi bersama.

“Ingatlah untuk sentiasa jujur, dengarkan hati nuranimu dan berpegang teguh kecintaan kita semua pada negeri ini.

Artikel Berkaitan:

“Bersama kita akan terus berkhidmat menuju masa depan yang lebih baik demi kepentingan kita semua,” ujarnya.

Muhamad Danish selaku calon muda PH berada dalam saingan lima penjuru menentang Mohd Azrudin Md Idris (PN), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas), Mohd Aluwi Sari (Putra) dan Datuk Kalsom Noordin (BN).