X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Kyrgios gesa Terbuka Australia dibatalkan

Nick Kyrgios
A
A

PEMAIN tenis Nick Kyrgios menggesa agar Terbuka Australia dibatalkan sebagai tanda solidariti untuk rakyat Melbourne, namun dia berkata jika diteruskan, pemain yang tidak divaksin harus dialu-alukan pada Grand Slam tersebut.

Pemain berusia 26 tahun itu dalam podcastnya "No Boundaries" berkata, kejohanan di Melbourne Park perlu dibatalkan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 yang akan membawa kepada ‘lockdown’.

“Saya tidak fikir Terbuka Australia perlu diteruskan. Penduduk Melbourne ada perlu bersuara.

“Berapa lama lagi Melbourne akan dikenakan lockdown. 275 hari?” katanya.

Ketika ini, Terbuka Australia akan diteruskan seperti yang dirancang, namun keputusan untuk membenarkan pemain yang belum divaksin atau tidak mendedahkan status vaksin mereka akan dibenarkan bertanding belum dimuktamadkan.

Dalam pada itu, Kyrgios turut mengecam pihak berkuasa yang tidak membenarkan pemain tidak divaksin daripada menyertai Grand Slam tersebut sambil memberi sokongan kepada pemain nombor satu dunia Novak Djokovic, yang enggan mendedahkan status vaksinnya.

“Saya sudah divaksin lengkap, namun saya rasa ia tidak bagus untuk memaksa seseorang itu untuk mendapatkan vaksin semata-mata kerana syarat kejohanan ini memerlukan atlet untuk mendapatkan dua dos vaksin.

“Pemain NBA, Kyrie (Irving), Novak, mereka ini adalah atlet global yang dipandang tinggi oleh berjuta-juta orang dan saya rasa adalah salah secara moral untuk memaksa seseorang untuk divaksin.

“Saya yakin pasti ada penyelesaian yang lain untuk mereka. Mungkin penganjur boleh lakukan seperti yang dilakukan di Amerika di mana pemain yang tidak divaksin perlu menjalani ujian Covid-19 sebelum dibenarkan bermain,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!