[VIDEO] Anggota polis peras ugut rakyat Palestin ditahan

Satu rakaman percakapan antara suspek dan mangsa turut tular menerusi satu ciapan yang dimuat naik seorang pemilik akaun Twitter yang mendakwa anggota berkenaan mengambil RM400 daripada mangsa.
Satu rakaman percakapan antara suspek dan mangsa turut tular menerusi satu ciapan yang dimuat naik seorang pemilik akaun Twitter yang mendakwa anggota berkenaan mengambil RM400 daripada mangsa.
A
A
A

GOMBAK - Seorang anggota polis ditahan kerana disyaki memeras ugut seorang warga Palestin dan bapanya di sekatan jalan raya berhampiran Sekolah Kebangsaan Gombak Utara di sini sekitar jam 10.40 pagi, Selasa lalu.

Satu rakaman percakapan antara suspek dan mangsa turut tular menerusi satu ciapan yang dimuat naik seorang pemilik akaun Twitter yang mendakwa anggota berkenaan mengambil RM400 daripada mangsa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, anggota tersebut dikatakan menerima sejumlah wang bagi melepaskan bapa mangsa kerana hanya menunjukkan gambar pasport menerusi telefon bimbit.

"Polis Daerah Gombak mengesahkan pada 15 November (Isnin) jam 11.42 pagi telah terima satu laporan polis daripada mangsa, seorang lelaki warganegara Palestin yang merupakan pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak.

"Siasatan dijalankan dan tangkapan dibuat. Suspek merupakan seorang anggota polis lelaki berusia 22 tahun dan bertugas sebagai anggota tugas am di Balai Polis Gombak," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

"Sekiranya terdapat maklumat tambahan daripada orang awam boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Mohd Fildza Che Ibrahim di talian nombor 03 - 61262222 / 016 – 9537372," katanya.

Artikel Berkaitan: