PKPD di Kampung Orang Asli Satak di Raub dilanjutkan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Orang Asli Satak, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang dilanjutkan hingga 23 November.

PKPD di kawasan itu sebelum ini dijadual tamat esok.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, pelanjutan itu dibuat setelah meneliti analisis Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penelitian risiko dan trend penularan jangkitan Covid-19 di lokaliti itu.

“Sementara itu, PKPD di Pos Betau, Mukim Ulu Julai di Lipis serta Taman Amalina Lestari di Raub, Pahang yang masing-masing bermula 20 Oktober dan 3 November lepas ditamatkan esok seperti dijadualkan,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook pada Isnin.

Beliau turut memaklumkan tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD pada Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan: