SOP PRN Melaka tidak masuk akal: Mahfuz

Mahfuz Omar
Mahfuz Omar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang disifatkan tidak masuk akal.

Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) berkata, SOP yang ditetapkan itu jelas mengelirukan ramai pihak khususnya calon untuk menggerakkan kempen masing-masing.

“Walaupun saya tahu (SOP) itu (dibuat) untuk mengekang Covid-19. Sebagai contoh, calon tidak dibenarkan memasang gegantung atau mengedar risalah secara bersemuka kepada orang awam. Tetapi calon dan peraih calon boleh masuk ke kedai kopi atau mengunjungi pasar, sedangkan itu adalah aktiviti bersemuka.

“Kemudiannya, kenderaan yang memasang pembesar suara tidak dibenarkan berhenti di sepanjang laluan untuk menyampaikan ucapan. Jadi saya tidak faham, bagaimana orang ramai hendak terima maklumat yang ingin disampaikan itu.

“Inilah yang dikatakan sebagai SOP yang tidak masuk akal. Jadi, saya fikir kalau hendak buat SOP itu biarlah masuk akal,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika bangun mencelah pada sesi penggulungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menjawab persoalan yang dibangkitkan Mahfuz itu, Wan Junaidi berkata, penyediaan SOP untuk pilihan raya itu bukan dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebaliknya ia dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: