'Pak Lah sihat walafiat'

Reezal turut berkongsi gambarnya bersama Pak Lah dan Tun Jeanne di laman Facebook pada Isnin.
Reezal turut berkongsi gambarnya bersama Pak Lah dan Tun Jeanne di laman Facebook pada Isnin.
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menafikan laporan Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Reezal berkata, beliau baru sahaja menghubungi isteri Pak Lah, Tun Jeanne.

"Alhamdulillah Ayahanda Tun Abdullah dalam keadaan sihat walafiat. Begitu juga dengan Tun Jeanne," katanya pada Isnin.

Beliau turut mengajak seluruh rakyat mendoakan pemimpin tersebut agar sentiasa sihat selain meluahkan rasa rindu terhadap mereka berdua.

"Saja nak kongsi gambar lama bersama Tun Abdullah dan Tun Jeanne. Rindu mereka berdua," katanya.

Tular sebelum ini tangkap layar individu tidak bertanggungjawab menyatakan Pak Lah meninggal dunia.

Artikel Berkaitan: