Kantoi curi kelapa sawit

Lori yang digunakan suspek untuk membawa keluar sawit.
Lori yang digunakan suspek untuk membawa keluar sawit.
A
A
A

TANAH MERAH - Cubaan tiga lelaki mencuri 80 tandan kelapa sawit di kawasan ladang Felda Kemahang 1 di sini, tidak kesampaian selepas pergerakan mereka yang mencurigakan berjaya dikesan pengurus ladang, kira-kira jam 5 pagi.

Semasa kejadian Khamis lalu, dua suspek menaiki lori jenis Isuzu manakala seorang lagi menunggang motosikal.

Pergerakan tiga suspek dikesan selepas pengurus ladang berkenaan melihat ketiga-tiga suspek keluar dari ladang dalam keadaan tergesa-gesa.

Pengurus ladang kemudian bertindak menyekat laluan keluar di kawasan itu dan menyoal siasat suspek.

Suspek yang ketakutan cuba melarikan diri dan salah seorang yang menunggang motosikal terjatuh ketika meloloskan diri menyebabkan dia cedera di bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, ketiga-tiga suspek ditahan dan turut didapati positif dadah.

“Ketiga-tiga suspek berusia antara 30 hingga 40 tahun telah didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel Berkaitan: