Peranan rakyat penting perangi rasuah

Anil Netto
Anil Netto
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia perlu bersatu untuk menutup sebarang ruang yang boleh menyebabkan berlakunya rasuah dalam kerajaan atau swasta.

Presiden Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran), Anil Netto berkata, ia berikutan jenayah tersebut boleh berpunca dari bawah sehingga yang lebih tinggi.

“Rasuah boleh berlaku pada tahap bawah sekali atau yang lebih tinggi. Jika berlaku di tahap bawah atau kita gelarkan sebagai duit kopi, itu tidak besar tetapi masih dikira sebagai rasuah.

“Kalau berlaku di peringkat tinggi, ia boleh mencecah amaun sehingga berbilion ringgit,” katanya kepada kru Rasuah Busters baru-baru ini.

Anil berkata, kebanyakan projek sedia ada berlaku ketirisan sehingga ada pihak mengambil peluang untuk mengkayakan diri sendiri.

“Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, terdapat RM400 bilion dana untuk projek-projek pembangunan negara.

“Bayangkan kalau beberapa bilion ringgit lesap tiris akibat rasuah. Ia satu kerugian yang besar sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk bantu rakyat susah,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!