Lori bawa barangan runcit seludup ditahan

Barangan runcit seludup bernilai RM55,713 yang dirampas di Jalan Kampung Tasek Berangan, Rantau Panjang pada Khamis.
Barangan runcit seludup bernilai RM55,713 yang dirampas di Jalan Kampung Tasek Berangan, Rantau Panjang pada Khamis.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu merampas pelbagai barangan runcit seludup bernilai RM55,713 selepas menahan sebuah lori di Jalan Kampung Tasek Berangan di sini pada Khamis.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan pemandu lori tersebut untuk siasatan lanjut.

"Semasa rondaan, anggota bertugas terserempak dengan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota bertugas kemudian bertindak menahan lori tersebut untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, pemeriksaan telah menjumpai pelbagai barangan runcit seludup termasuk sosej yang dibawa masuk menggunakan laluan tidak diwartakan oleh kerajaan.

Menurutnya, jumlah keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan sebanyak RM155,713.

Katanya, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 15 Akta Makanan 1983.

"Kesemua barangan rampasan akan diserahkan kepada Unit Keselamatan dan Kualiti Pemakanan Jabatan Kesihatan Cawangan Pasir Mas untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, permintaan tinggi di pasaran menyebabkan barangan tersebut dibawa masuk ke negara ini menggunakan laluan tidak sah.

Katanya, kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini akan terus diperketatkan dalam usaha mengekang aktiviti jenayah termasuk penyeludupan.