Tunaikan janji manismu

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SETIAP kali musim mengundi, sama ada pilihan raya umum (PRU) atau Pilihan Raya Kecil (PRK), pelbagai ‘drama’ orang politik akan muncul.

Drama itu mungkin juga dapat ditonton di media sosial sebab ia percuma.

Kadang-kala drama itu kelakar dan tidak masuk akal. Misalnya, sebelum ini calon tidak pernah nampak langsung di kawasan bertanding tetapi selepas dipilih oleh parti, nampaknya dialah yang paling sibuk hendak membantu masyarakat.

Itu PRU dan PRK. Kini muncul pula drama Pilihan Raya Negeri (PRN), dahulu di Sabah dan terbaharu di Melaka. Ia menjadi kebiasaan.

Masa inilah menabur janji-janji manis diyakini dapat memikat pengundi. Peribahasa ‘tanam tebu di bibir’ memang tepat sekali ditujukan kepada YB-YB (Yang Berhormat) sekalian.

Itu semasa kempen. Jika ada rezeki menang, pikullah amanah diberikan kerana YB telah dipilih mewakili rakyat.

Bila sudah menang nanti, YB tunaikanlah janji yang ikhlas dan benar-benar bantu rakyat, bukannya untuk tiket berkuasa.

Janganlah lagi flip-flop dengan janji semasa meraih undi. Ingat ‘drama’ semasa hendak cari undi dulu.

Artikel Berkaitan:

Teringat pesan seorang rakan, katanya orang politik paling susah nak percaya kerana selalu tabur janji.

“Aku pernah undang seorang YB ke majlis kami, mulanya dia setuju tapi kurang 48 jam majlis nak bermula, dia maklumkan tak dapat hadir.

”Memang menyusahkan penganjur, tapi apa boleh buat, undi sudah dapat,” katanya.

Ingatlah YB, sama ada menang kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), anda harapan kami sebagai rakyat untuk membawa suara dan hasrat kami untuk diberikan perhatian.

Cukup-cukuplah pada pilihan raya terdahulu kita telah menukar kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN).

Ia bukan melalui pilihan rakyat tetapi percaturan 222 ahli Parlimen sahaja.