'Pas jangan jadi seperti PH'

Sebahagian daripada perwakilan yang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat Pas Kawasan Marang di Hotel Permai, di sini, hari ini. Gambar kecil, Yahaya.
Sebahagian daripada perwakilan yang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat Pas Kawasan Marang di Hotel Permai, di sini, hari ini. Gambar kecil, Yahaya.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Pemimpin dan ahli Pas Terengganu diingatkan agar membuat perubahan sikap dan cara kerja sebagai pemerintah dan bukan lagi bersikap pembangkang seperti sebelum ini.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Terengganu, Yahaya Ali berkata, semua peringkat parti juga perlu lebih aktif bekerja dan memperkuatkan Pas yang kini memerintah Terengganu.

“Kita tak nak jadi seperti PH walaupun sudah menjadi Kerajaan Pusat, sikap dan kenyataan mereka masih lagi seperti pembangkang. Kita perlu jadi lebih baik daripada segi gerak kerja, berfikir dan bertindak.

“Mereka yang bekerja dalam agensi-agensi penting seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), i-MITS (Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera), Penyelaras DUN dan yang berada dalam jawatankuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) mesti bekerja dengan penuh tanggungjawab.

“Daripada segi prestasi, perlu tunjukkan kemampuan dan kita mahu rakyat lihat kerajaan yang ada sekarang ini berkemampuan dan mesra rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat Pas Kawasan Marang di Hotel Permai, di sini, hari ini yang dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Satiful Bahri Mamat.

Mengulas lanjut, Yahaya berkata, mereka perlu menjadikan pengalaman memerintah Terengganu pada tahun 1999-2004 dahulu sebagai panduan dan pengajaran agar menjadi lebih baik.

“Rakyat mesti melihat kerajaan ini sebagai rakan kongsi mereka. Mereka boleh beri cadangan, beri pandangan dan boleh memberi kritikan. Apa yang penting adalah kita mahu menjadi kerajaan yang lebih baik,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian daripada perwakilan yang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat Pas Kawasan Marang di Hotel Permai, di sini, hari ini.