Mas Ermieyati calon pemimpin masa depan: Hamzah

Hamzah pada sidang media selepas sesi lawatannya ke Pusat Media KKMM bagi PRN Melaka 2021 hari ini. - Foto Bernama
Hamzah pada sidang media selepas sesi lawatannya ke Pusat Media KKMM bagi PRN Melaka 2021 hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin bakal menjadi 'pengubah keadaan' di Melaka sekiranya mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu.

Beliau berkata, ini kerana calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara merupakan calon 'heavyweight' bagi PN pada PRN kali ini.

"Mas Ermieyati adalah calon 'heavyweight' untuk PN, jadi kita mahu pengundi beri sokongan kerana beliau akan menjadi 'pengubah keadaan' (politik Melaka).

"Jika beliau menang, membuktikan rakyat bersedia mencari pemimpin yang penuh dengan integriti dan mampu menjadi pemimpin mereka masa hadapan.

"Ini bukan hanya akan membawa perubahan kepada negeri Melaka, tetapi juga menjadi contoh kepada seluruh negara bagi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Media PRN Melaka di Ayer Keroh pada Selasa.

Hamzah berkata, kemampuan Ahli Parlimen Masjid Tanah itu untuk menjadi pemimpin agak terserlah dan diyakini dapat memberikan kemenangan kepada PN.

"Beberapa isu ditimbulkan pengundi juga memberikan ruang untuk beliau diambil kira sebagai calon lebih baik daripada orang lain," katanya.

DUN Tanjung Bidara menyaksikan persaingan tiga penjuru membabitkan Mas Ermieyati bagi calon PN, Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (BN) dan Zainal Hassan sebagai calon Pakatan Harapan (PH).

Artikel Berkaitan:

Persaingan sengit dijangka berlaku kerana Ab Rauf dilabel sebagai calon 'heavyweight' bagi BN.