Osman stabil, namun belum pulih sepenuhnya

Mohd Solihan Badri
Mohd Solihan Badri
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang diserang strok pada pertengahan bulan lalu kini berada dalam keadaan stabil.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Mohd Solihan Badri berkata, Osman yang juga Ketua Bersatu Bahagian Ayer Hitam bagaimanapun masih belum pulih sepenuhnya.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga beliau belum dapat menggerakkan anggota badannya.

"Beliau masih perlu mengambil masa untuk mendapatkan rawatan dan kini sedang dirawat di Hospital Serdang," katanya dalam sidang akhbar berhubung status kemajuan projek naik taraf Persimpangan Bertingkat Kempas di sini pada Selasa.

Pada 13 Oktober lalu, Osman, 70, dilaporkan menghidap serangan angin ahmar di kediaman beliau.

Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 yang pertama daripada Bersatu selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu memegang jawatan tersebut selama 11 bulan sebelum melepaskan jawatan pada April 2019.

Artikel Berkaitan: