Kajian analisis kos feadah CPTPP dimuktamad akhir tahun ini: MITI

Mohamed Azmin
Mohamed Azmin
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kajian analisis kos faedah (CBA) Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan dimuktamadkan selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata CPTPP pula dijangka dapat diratifikasi selewat-lewatnya pada pertengahan tahun depan.

"Kita telah melaksanakan CBA sekali lagi pada tahun ini memandangkan negara serta global menghadapi pandemik dan harus melihat semula kesan daripada Perjanjian Perdagangan Antarabangsa yang telah kita ditandatangani.

“CBA yang dimuktamadkan pada hujung tahun ini akan dikemukakan dan mendapat mandat baharu daripada jemaah menteri sebelum proses dalaman dapat diteruskan,” katanya selepas merasmikan acara Malaysia Aerospace Summit 2021 di sini pada Selasa.

Menjelaskan selanjutnya, Mohamed Azmin berkata, hasil dapatan CBA itu akan dikemukakan kepada Kabinet bagi tujuan penilaian serta pertimbangan membabitkan CPTPP tersebut.

Ketika berucap, beliau berkata, perolehan hasil daripada industri aeroangkasa diunjur mencecah RMM30 bilion menjelang 2025.

Beliau turut mengingatkan daripada sekadar menjadi sebahagian industri itu, apa yang lebih penting adalah mempertingkat aspek pembentukan nilai merentasi keseluruhan rantaian nilai industri itu dalam usaha memperkukuh ekosistem sektor terbabit di Malaysia.

“Dalam aspek ini, penglibatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia dalam pelbagai produk aeroangkasa adalah terhad. Oleh itu, mereka perlu bertindak mempertingkat kedudukan masing-masing dalam rantaian nilai berkaitan reka bentuk produk dan pemprosesan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohamed Azmin turut menggesa kalangan PKS terbabit untuk memanfaatkan serta menerimaguna kemajuan teknologi dan pelaburan bernilai tinggi yang mematuhi aspek amalam alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Malah, beliau menyifatkan penerimagunaan teknologi maju dan pendigitalan itu sebagai teras bagi mencapai rantaian bekalan yang mampan dengan transformasinya tidak hanya terhad kepada syarikat, sebaliknya turut melibatkan pembekal, penyedia perkhidmatan dan utiliti. - Bernama