Pogba terlepas aksi menentang Kazakhstan, Finland

Paul Pogba
Paul Pogba
A
A
A

PEMAIN Tengah Perancis, Paul Pogba sah digugurkan daripada skuad Perancis bagi aksi kelayakan Piala Dunia menentang Kazakhstan dan Finland selepas dia mengalami kecederaan di paha kanan, kata Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF).

Pemain Manchester United itu sebelum ini dilihat meninggalkan sesi latihan bersama Les Bleus pada Isnin bersama doktor pasukan Franck Le Gall.

“Paul Pogba terpaksa menarik diri daripada dua perlawanan seterusnya Perancis di Parc des Princes menentang Kazakhstan dan menentang Finland di Helsinki,” katanya.

Kekosongan yang ditinggalkan Pogba akan diisi oleh pemain tengah AS Roma, Jordan Veretout.

Perancis kini mendahului Kumpulan D dengan 12 mata daripada enam perlawanan dan kemenangan menentang Kazakhstan akan memastikan mereka layak ke pusingan akhir Piala Dunia tahun depan.

Dalam pada itu, jurulatih Perancis Didier Deschamps memberi amaran supaya anak buahnya tidak berpuas hati dengan kedudukan sebagai pendahulu kumpulan kerana mereka akan menentang menentang pasukan yang tidak mendapat sebarang kemenangan daripada tujuh perlawanan kumpulan D.

"Apa yang penting ketika ini adalah untuk mencapai misi kami iaitu layak ke Piala Dunia tahun hadapan.

Justeru semua pihak harus tertumpu kepada misi tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Kami tidak boleh berfikir bahawa kami sudah layak kerana hanya akan bertemu Kazakhstan.

Kami akan kerah seluruh tenaga bermain bersungguh-sungguh untuk menang perlawanan tersebut,” katanya.