Moyes puji aksi pemain

Sebahagian pemian West Ham meraikan kemenangan ke atas Liverpool. - Foto Sky Sports
Sebahagian pemian West Ham meraikan kemenangan ke atas Liverpool. - Foto Sky Sports
A
A
A

PENGENDALI West Ham, David Moyes memuji barisan pemainnya berikutan aksi cemerlang yang dipamerkan ketika menewaskan Liverpool 3-2, pada Ahad.

Menurut Moyes, kemenangan yang turut meleburkan rekod tanpa kalah Liverpool dalam 25 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bertambah manis apabila ia berlaku pada perlawanan ke-1,000 selaku pengurus sesebuah pasukan bola sepak.

“Bagi saya, kejayaan kali ini sungguh bermakna. Pertama, kita tewaskan pasukan hebat seperti Liverpool; kedua kita leburkan rekod tanpa kalah mereka dalam 25 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

“Kemudian, semua ini berlaku pada perlawanan ke-1,000 saya mengendalikan sesebuah pasukan bola sepak. Ia memang menakjubkan!” katanya.

The Hammers membuka jaringan seawall minit ke-4 setelah penjaga gol Liverpool, Alisson Becker tertampan bola ke gawang sendiri sebelum Trent Alexander-Arnold menyamakan kedudukan pada minit ke-41.

The Hammers kemudiannya menjaringkan gol kedua kembali bangkit pada separuh masa kedua menerusi jaringan Pablo Fornals pada minit ke-67, disusuli jaringan Kurt Zouma (min-74) sebelum pemain gantian The Reds, Divock Origi merapatkan jurang apabila menjaringkan gol pada minit ke-83.

Keputusan itu menyaksikan The Hammers kini berada pada kedudukan ketiga EPL dengan 23 mata hasil 11 perlawanan setakat ini.

Mengulas mengenai kemenangan berkenaan, Moyes berkata, pihaknya telah mengadakan persiapan rapi bagi mengharungi perlawanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Justeru katanya, kemenangan berkenaan membuktikan segala persediaan yang dibuat selama ini berjaya membuahkan hasil.

“Kita memang lakukan persiapan untuk menang. Tetapi seperti yang anda semua tahu, bukan mudah untuk menewaskan Liverpool kerana mereka adalah pasukan yang benar-benar bagus,” katanya.