Nenek bersama anak, cucu ditahan mencuri

Barangan yang dicuri keempat-empat suspek di sebuah pasaraya di Taman Pusing, di sini, semalam. Gambar kecil, Ahmad Adnan.
Barangan yang dicuri keempat-empat suspek di sebuah pasaraya di Taman Pusing, di sini, semalam. Gambar kecil, Ahmad Adnan.
A
A
A

BATU GAJAH - [DIKEMASKINI] Perbuatan seorang nenek bersama anak perempuan dan dua cucu lelakinya mencuri pelbagai jenis barang di sebuah pasaraya di Taman Pusing, di sini, terbongkar apabila mereka di tahan polis, semalam.

Keempat-empat mereka berusia antara 17 hingga 60 tahun ditahan sekitar jam 6.30 petang semalam kira-kira 30 minit selepas mereka masuk ke pasaraya berkenaan dan membawa lari barang dicuri tanpa membuat bayaran di kaunter pada jam 6 petang.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada Penyelia pasaraya berkenaan yang memaklumkan terdapat satu keluarga memasuki kedai tersebut dan pergi ke ruang barangan keperluan dapur.

"Pengadu kemudiannya mendapati mereka terus keluar daripada pasaraya tanpa membuat sebarang bayaran di kaunter selepas mengambil barang dan melarikan diri menggunakan kereta jenis Proton Saga berwarna putih melalui Jalan Lahat.

"Pengadu telah membuat pemeriksaan di ruangan keperluan dapur dan mendapati beberapa kotak susu, susu tin, minyak masak dan penyembur ubat nyamuk telah dicuri," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Adnan, siasatan awal dijalankan mendapati kejadian berlaku ketika pengadu sedang memunggah barang dari lori dan melihat kesemua suspek memasuki kedai sebelum melakukan pemeriksaan dan menyedari kehilangan barang dianggarkan berjumlah RM900.

"Pengadu telah menghubungi polis dan bertindak daripada aduan sepasukan anggota Balai Polis Pusing telah berjaya mengesan kereta Proton Saga warna putih yang dinaiki oleh kesemua suspek di Stesen Minyak Petron Pusing.

"Hasil pemeriksaan menjumpai barang yang dicuri mereka disembunyikan di dalam ruangan belakang kereta berkenaan dan kesemua mereka ditahan. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: