Zul Ariffin mohon maaf...

Instagram @zul_ariffin
Instagram @zul_ariffin
A
A
A

PARA pelakon Misteri Dilaila kini berada di Indonesia bagi menjayakan majlis malam gala filem tersebut.

Namun yang mengejutkan ramai, pelakon utamanya, Zul Ariffin tiba-tiba dikejarkan ke hospital semasa dipertengahan majlis itu.

No Image Caption

Disebabkan kes kecemasan itu juga, Zul memohon maaf kepada peminat di Indonesia kerana tidak sempat bertemu mereka.

Zul memaklumkan perkara itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram (IG) miliknya, semalam.

Menurut Zul ini merupakan kali keempat dia digegaskan ke hospital dalam masa sebulan.

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

“Terpaksa keluar daripada pawagam dan terus ke hospital... Kepada peminat dari Jakarta yang hadir ke premiere tadi, saya tak dapat nak berjumpa dan bergambar selepas tamat filem, saya minta maaf....” tulisnya.

Artikel Berkaitan:

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, rata-rata peminatnya meminta pelakon utama Misteri Dilaila itu mendapatkan rehat secukupnya terlebih dahulu selain mendoakan kesembuhannya.

"Semoga cepat sembuh @zul_ariffin ...IG awak ini tak boleh tengok lama-lama... Jatuh cinta...," tulis thegojesattire

“Semoga pulih tidak lama lagi ya @zul_ariffin dan berehat, utamakan kasihatan itu... Insya-ALLAH rezeki tetap ada,” komen @tinaree.sulai.

“Kami senantiasa doakan yang terbaik untuk abang. Cepat sehat,” tulis @mahdia_liyani.

"Di maafkan beb @zul_ariffin, lekas sembuh," tulis enggadaptri1.

"Syafaqallah Zul. Sakit itu penghapus dosa, semoga tabah menghadapi ujian dunia," tulis raimymarsya.

Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser.

Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh. Keesokkannya, Jefri mendapati Isterinya hilang.

Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira. Dia memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya.

Wanita itu mengakui dirinya Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan isterinya.