PN janjikan harapan lebih baik: Razali

Razali - Foto Bernama
Razali - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) melalui kerjasama politik baharu menjanjikan harapan lebih baik kepada rakyat terutama soal kesejahteraan, pemulihan kesihatan awam yang terjamin dan daya saing ekonomi.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Senator Datuk Razali Idris berkata, calon PN yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang bersih daripada rasuah.

Ujar beliau, pengundi mahukan calon baharu, segar dan mempunyai idea bernas dalam kalangan calon PN.

“43 peratus calon PN berusia 40 tahun ke bawah, ia satu peluang besar untuk generasi muda.

“Enam calon wanita PN bukti kewibawaan wanita diangkat dan diberi keutamaan.

“Sebahagian besar calon terdiri daripada golongan profesional dan pendidikan tinggi selain rekod cemerlang Perdana Menteri kelapan (Tan Sri Muhyiddin Yassin) memberi nilai tambah kemenangan calon PN,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Razali berkata, kebersamaan dalam PN akan membawa kepada kesepakatan kerjasama dalam jentera pilihan raya.

“Niat murni PN terutama sewaktu menjadi kerajaan dahulu telah banyak bantu rakyat yang dahagakan bantuan semasa.

Artikel Berkaitan:

“Insya-ALLAH kerakusan dan ketamakan kuasa akan ditolak pengundi Melaka.

“Harapan saya semua calon PN supaya segera jumpa pengundi seramai mungkin,” ujarnya.