Wanita maut kereta langgar pokok

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR- Seorang wanita maut apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggar pokok di bahu Jalan Kuchai Lama di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.29 pagi itu, mangsa dipercayai memandu bersendirian keretanya yang berjenis Toyota Vios berwarna hitam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataannya berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian melalui panggilan MERS999.

"Pihak Bomba kemudiannya menggerakkan sebuah jentera dan sebuah van Perkhidmatan Penyelamat dan Perawatan Kecemasan (EMRS) diketuai seorang pegawai dan sembilan anggota ke tempat kejadian.

"Terdapat seorang wanita yang merupakan mangsa sebaik pihak Bomba tiba di lokasi kejadian," katanya.

Mangsa yang disahkan maut di tempat kejadian itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Artikel Berkaitan: