X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

Empat penunggang motosikal tunjuk aksi berbahaya ditahan

Empat penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Duke, Kuala Lumpur pada Ahad.
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan empat lelaki menunggang motosikal dengan menunjukkan aksi berbahaya di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) di sini mengundang padah apabila mereka ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan pada Ahad.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafli Chek Lah berkata, kesemua penunggang motosikal berusia 19 hingga 21 tahun itu didapati melakukan aksi zig zag, roket, superman serta bersaing sesama sendiri.

"Mereka telah dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Zulkafli berkata, dalam operasi itu juga, pihaknya menahan dan menangkap 12 lelaki berusia lingkungan 22 tahun hingga 54 tahun kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 45 (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelasnya.

Beliau berkata, seramai 10 pegawai kanan dan 89 pegawai rendah polis terlibat dalam operasi yang dilakukan di sekitar pusat bandar, Jalan Tun Razak, Jalan Pahang, Jalan Raja Laut, Jalan Kuching dan Lebuhraya Duke sejak Jumaat hingga Ahad.

Antara individu yang ditahan dalam operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur di Kuala Lumpur pada Ahad.
Antara individu yang ditahan dalam operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur di Kuala Lumpur pada Ahad.

"Kita turut menahan seorang lelaki berusia 23 tahun yang memandu sebuah kereta mewah jenis Bentley di Jalan Walter Granier dan seorang penunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR di Jalan Raja Laut kerana mempamerkan cukai jalan dan nombor pendaftaran palsu.

"Kedua-dua lelaki itu ditangkap di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan akan dituduh mengikut Seksyen 108 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Zulkafli berkata, secara keseluruhan sebanyak 371 jumlah saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan.

"Sebanyak 10 buah motosikal pula telah disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan iaitu ekzos.

"Motosikal yang disita akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta diarahkan mengubah ke struktur asal," ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!