Wanita dedah kisah di sebalik video tular kucing 'curi' ayam

Kelihatan seekor kucing 'mencuri' ayam ketika Ain sedang menjamu selera sambil bersiaran bersama pengikutnya.
Kelihatan seekor kucing 'mencuri' ayam ketika Ain sedang menjamu selera sambil bersiaran bersama pengikutnya.
A
A
A

SHAH ALAM – Video seorang wanita yang tidak menyedari seekor kucing mengambil ayam daripada hidangannya ketika bersiaran langsung di TikTok mencuri perhatian pengguna media sosial.

Pemilik video, Siti Nur Ain Muhammad Zawawi, 26, berkata, kejadian itu berlaku ketika dia sedang menikmati nasi kerabu sambil melayan penonton yang mengikuti siaran langsungnya.

Ain yang juga Usahawan Affliate Tiktok berkata, dia menghidap glaukoma saraf genetik menyebabkan sejak lahir penglihatannya terbatas.

“Saya ada masalah mata sejak lahir. Cuma masa saya lahir tu saya masih boleh nampak lagi, cuma tak jelas macam mata orang normal.

“Tak sedar bila, tahu-tahu mata sebelah kanan 100 peratus tak nampak. Sebelah lagi tu masih nampak cahaya dengan bayang-bayang tapi agak terhad,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Ain (kiri) bersama suaminya, Ahmad Qatadah Sauti
Ain (kiri) bersama suaminya, Ahmad Qatadah Sauti

Bagaimanapun, keadaan itu tidak menghalangnya daripada menguruskan kehidupan harian sendiri, termasuk memasak, membasuh, melipat dan menyidai pakaian.

Ain berkata, dia sudah terbiasa berdikari sejak kecil kerana ibunya turut mengalami masalah penglihatan.

Artikel Berkaitan:

“Mak saya pernah cakap, kalau saya tak buat, siapa lagi yang nak tolong buat? saya pegang kata-kata mak saya itu sampai sekarang,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!