Lelaki dipercayai tetak ah long sampai mati diberkas

No Image Caption
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki tempatan diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kes melibatkan seorang individu dipercayai ah long yang maut akibat ditetak dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Bukit Tinggi Klang pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek diberkas kira-kira jam 6.30 petang di Jenjarom, Selangor.

"Suspek yang ditahan berumur lingkungan 33 tahun dan merupakan warga tempatan.

"Siasatan lanjut akan diteruskan selepas permohonan reman di Mahkamah Klang pada Ahad," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Pada Sabtu, seorang lelaki dipercayai ah long maut ditetak dalam pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Bukit Tinggi Klang.

Artikel Berkaitan: