LATAR tutup sementara persimpangan Ijok

Notis penutupan sementara persimpangan Ijok sehingga ke persimpangan Puncak Alam membabitkan kedua-dua arah selama tiga hari bermula Isnin depan.
Notis penutupan sementara persimpangan Ijok sehingga ke persimpangan Puncak Alam membabitkan kedua-dua arah selama tiga hari bermula Isnin depan.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) mengumumkan penutupan sementara persimpangan Ijok sehingga ke persimpangan Puncak Alam membabitkan kedua-dua arah selama tiga hari bermula Isnin depan.

LATAR dalam kenyataannya memaklumkan, penutupan sementara itu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja fasa akhir pemasangan rasuk jambatan (beam) di kilometer (km) 3.0 oleh Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan penutupan itu dilakukan pada Isnin hingga Rabu bermula jam 10 malam hingga 5 pagi.

"Sepanjang penutupan jalani ini, trafik akan dilencongkan ke Jalan Persekutuan (FT54)," kata kenyataan itu pada Jumaat.

Kenyataan itu turut memberitahu, pengguna dinasihatkan agar memandu dengan berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda serta arahan petugas trafik sepanjang tempoh pelaksanaan penutupan terbabit.

"Pihak LATAR memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi. Segala perhatian dan kerjasama dari pengguna lebuhraya amatlah dihargai," katanya.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian hotline LATAR 03-6145 1515 atau pegawai WCE, Muhammad Nashrul Azri Mazlan di talian 013 664 4761 dan wakil kontraktor, Pengurus Projek Ganda Imbuhan Sdn Bhd, Ridzwan Abdul Razak menerusi talian 017 713 2004.

Sila dapatkan lain-lain informasi terkini di Facebook, Twitter dan Instagram LATAR.

Artikel Berkaitan: