Manchester City sudah bersedia berdepan Manchester United

Foden memberi amaran kepada Manchester United bahawa penyandang juara itu sudah bersedia untuk perlawanan derbi Manchester selepas cemerlang membantu The Citizens mengatasi Club Brugge apabila kedua-dua jiran setempat tersebut berentap di Old Trafford pada Sabtu.
Foden memberi amaran kepada Manchester United bahawa penyandang juara itu sudah bersedia untuk perlawanan derbi Manchester selepas cemerlang membantu The Citizens mengatasi Club Brugge apabila kedua-dua jiran setempat tersebut berentap di Old Trafford pada Sabtu.
A
A
A

PHIL Foden memberi amaran kepada Manchester United bahawa penyandang juara itu sudah bersedia untuk perlawanan derbi Manchester selepas cemerlang membantu The Citizens mengatasi Club Brugge apabila kedua-dua jiran setempat tersebut berentap di Old Trafford pada Sabtu.

Malah menurut Foden, skuad kendalian Pep Guardiola itu begitu teruja berdepan The Red Devils selepas persembahan kurang memberangsangkan berdepan West Ham United dan Crystal Palace minggu lalu.

“Ya, kami sangat teruja untuk perlawanan derbi di Manchester ini, malah komitmen tinggi dipamerkan pemain-pemain untuk tujuan itu dibuktikan ketika berdepan Club Brugge.

“Kami juga perlu bangkit daripada kekalahan liga sebelum ini yang akan jadi ia akan memberi kami keyakinan untuk menghadapi derbi.

“Kami bersedia untuk bermain dengan mereka pada bila-bila masa. Ia akan menjadi perlawanan yang sukar kerana kami tahu betapa sukarnya di stadium mereka dengan peminat mereka tetapi kami berasa yakin,” ujar pemain berusia 23 tahun itu.

Manchester United dibelasah 5-0 oleh Liverpool sebelum ini tetapi kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Tottenham dan keputusan seri di Atalanta dalam Liga Juara-Juara mengurangkan tekanan ke atas pengendali Ole Gunnar Solskjaer.

Jelas Foden lagi, pada masa ini dia cukup berkeyakinan bahawa penyudah The Citizens berada tahap terbaik untuk menterjemahkan setiap peluang dalam bentuk jaringan.

“Sejujurnya pada masa ini Manchester City tidak memerlukan penyerang baharu, malah dengan barisan pemain sedia ada kelab ini masih berada dalam pilihan kuat untuk mencabar kejuaraan Liga Juara-Juara.

Artikel Berkaitan:

“Biarpun Manchester United mendapat dua keputusan yang baik baru-baru ini jadi mereka akan penuh keyakinan juga. Ia akan menjadi perlawanan yang sangat mencabar dan saya tidak sabar untuk melakukannya,” katanya.