Hotel bajet, premis hiburan sedia pelacur, GRO diserbu

Seramai 34 warga asing ditahan menerusi dua serbuan berasingan ke atas premis pusat hiburan dan hotel yang menyediakan perkhidmatan GRO.
Seramai 34 warga asing ditahan menerusi dua serbuan berasingan ke atas premis pusat hiburan dan hotel yang menyediakan perkhidmatan GRO.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seramai 34 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dalam serbuan Op Gegar ke atas premis hiburan terletak di Puchong dan Kuchai Lama yang menyediakan khidmat pelayan pelanggan (GRO) pada Isnin.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi pertama dijalankan ke atas sebuah hotel bajet di Kuchai Lama yang menjalankan kegiatan pelacuran membabitkan wanita warga asing.

"Seramai 17 warga asing ditahan dalam serbuan pertama yang terdiri daripada tujuh wanita Thailand, wanita Indonesia (empat) dan seorang wanita masing-masing dari Myanmar, Laos dan Vietnam serta tiga lelaki Myanmar dipercayai pekerja di premis tersebut

"Hasil risikan mendapati premis ini dikunjungi pelanggan yang terdiri daripada warga tempatan kerana harga yang ditawarkan agak tinggi bermula dari RM190 hingga RM240 bagi satu langganan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Antara warga asing yang ditahan Imigresen dalam serbuan Op Gegar di Puchong dan Kuchai Lama pada Isnin.
Antara warga asing yang ditahan Imigresen dalam serbuan Op Gegar di Puchong dan Kuchai Lama pada Isnin.

Sementara itu, dalam serbuan kedua, seramai 16 GRO warga Vietnam dan seorang pekerja lelaki warga India ditahan dalam serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Puchong, Selangor.

Tambahnya, premis tersebut dikawal oleh tonto yang akan memberi amaran kepada pengendali pusat hiburan sekiranya terdapat serbuan daripada pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan awal mendapati, premis ini menawarkan GRO sebagai teman minum dengan bayaran serendah RM50 dan menawarkan pakej bawa pulang GRO dengan harga berlainan.

"Terdapat cubaan melarikan diri dan bersembunyi oleh wanita warga asing ini namun kesemua tindakan mereka gagal berikutan premis telah dikepung," katanya.

Tambah beliau, antara kesalahan dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan beberapa kesalahan lain yang melanggar Akta Imigresen.

"Kesemua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Semenyih untuk siasatan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.