Lebih 40,000 tunai solat Jumaat di luar masjid al-Aqsa

Umat Islam menunaikan solat Jumaat di luar pekarangan Al-Aqsa, semalam
Umat Islam menunaikan solat Jumaat di luar pekarangan Al-Aqsa, semalam
A
A
A

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Lebih 40,000 penduduk Islam menunaikan solat Jumaat diluar pekarangan masjid al-Aqsa hari ini, selepas tentera rejim menutup pagar al-Rahma dengan kunci dan rantai besi.

Tindakan itu dilakukan bagi menghalang penduduk Islam memasuki masjid berkenaan

Kehadiran ribuan penduduk Palestin memaksa Israel menghantar polis serta penembak tepat di seluruh kawasan masjid sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku pertempuran.

Pihak berkuasa Zionis sebelum ini melarang seramai 133 penduduk Palestin daripada memasuki kompleks Masjid al-Aqsa pada bulan lalu.

Selain itu, seramai 229 penduduk Palestin ditahan pihak berkuasa Israel pada bulan lalu selepas didakwa melakukan kesalahan dengan sengaja mencetuskan kekecohan serta kekacauan.

Kesemua langkah berat sebelah Israel itu dikuat kuasa selepas penduduk Palestin membuka Bab al-Rahma pada bulan lalu selepas ditutup hampir 16 tahun oleh rejim Zionis.

Israel mendakwa bangunan itu digunakan untuk kegiatan politik oleh pertubuhan yang diharamkan. - Agensi

Artikel Berkaitan: