X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

'Tuah' jaringan awal JDT

Kesebelasan utama Harimau Selatan ketika berdepan Sabah FC dalam aksi Kumpulan D saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim. - Foto JohorSouthernTigers
A
A

JUARA bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) seperti dijangka menempah slot suku akhir lebih awal ketika saingan peringkat kumpulan masih berbaki dua perlawanan selepas membelasah Sabah FC 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Biarpun begitu Pengendali JDT, Benjamin Mora, mengakui Sabah memberikan tentangan sengit, namun jaringan awal Leandro Velazquez memberikan sedikit kelebihan buat Harimau Selatan dalam mencorakkan taktikal.

“Kami berjaya mengawal permainan dalam setiap separuh masa biarpun Sabah hadir dengan begitu tersusun selain punyai kecergasan yang baik untuk berikan saingan.

“Bagaimanapun, mungkin tuah sedikit memihak kepada kami apabila berjaya mendapatkan jaringan awal terlebih dahulu sekali gus memberikan pemain-pemain untuk bersikap lebih tenang dalam mengawal permainan," katanya.

Dalam aksi di Iskandar Puteri itu, Harimau Selatan terlebih dulu membuka jaringan menerusi Velazquez pada minit keenam sebelum peledak sensasi Bergson da Silva menambah dua lagi jaringan pada setiap babak untuk tiga mata tuan rumah.

Morajuga gembira apabila pemain gantian yang dibawa masuk pada babak kedua berjaya mengekalkan momentum Harimau Selatan pada babak pertama.

“Di separuh masa kedua, pemain gantian yang dibawa masuk berjaya meneruskan rentak sama dan tidak banyak pertukaran dari segi corak permainan kami lakukan malah saya gembira dengan Bergson yang dapat menjaringkan dua gol.

“Sabah baharu mendapat jurulatih dan sudah pasti dia memerlukan sedikit masa seperti mana jurulatih lain untuk membawa pasukan ini ke tahap lebih baik.

“Apa-apapun, saya berpuas hati dengan tiga mata pada hari ini dengan kehadiran penyokong buat pertama kali dan saya percaya ini hanyalah permulaan buat kami,” katanya.

Tiga mata di laman sendiri itu membolehkan Harimau Selatan mengumpul 12 mata, diikuti PJ City (lima mata), Kelantan FC (dua mata) dan Sabah (dua mata) selepas masing-masing mengharungi empat perlawanan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!