Juventus mara pusingan 16

Dybala antara penjaring gol ketika Juventus menentang Zenit St Petersburg di Turin.
Dybala antara penjaring gol ketika Juventus menentang Zenit St Petersburg di Turin.
A
A
A

GERGASI Serie A, Juventus menempah slot Pusingan 16 Terbaik Liga Juara-Juara dengan berbaki dua perlawanan peringkat Kumpulan H apabila membelasah kelab Rusia, Zenit St Petersburg 4-2 dalam aksi di Turin.

Gol anak buah Massimiliano Allegri dalam perlawanan itu dijaringkan Paulo Dybala (11', 58'), Federico Chiesa (73') dan Álvaro Morata (82').

Sementara itu, skuad Sergei Semak pula berjaya mengurangkan defisit menerusi jaringan sendiri pertahanan The Old Ladys, Leonardo Bonucci (26') dan Sardar Azmoun (92').

“Para pemain mempamerkan permainan yang bagus, malah lebih menyerlah dari sudut teknikal.

“Keberanian para pemain adalah penting dan juga tidak kehilangan aliran gerakan apabila kami melepaskan gol.

"Jadi boleh dikatakan hampir semuanya positif. Kami menghantar bola ke sekeliling, tetapi lima minit terakhir adalah di mana kami perlu meningkatkan permainan. Minit-minit itu adalah lambang siapa kami - kami melakukan tiga serangan balas dan kami melepaskan satu gol,” kata Allegri.

Artikel Berkaitan: