Budak hilang lebih dua minggu ditemui

Kuda-kuda turut digunakan untuk menjejaki budak perempuan, Cleo Smith yang diculik dari khemah keluarganya di pusat perkhemahan Blowholes, Macleod. - Foto The West Autralian
Kuda-kuda turut digunakan untuk menjejaki budak perempuan, Cleo Smith yang diculik dari khemah keluarganya di pusat perkhemahan Blowholes, Macleod. - Foto The West Autralian
A
A
A

SYDNEY - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, Cleo Smith ditemui masih hidup dan sihat pada Rabu setelah hilang lebih dua minggu dari khemah keluarganya.

Menurut kenyataan polis, Cleo ditemui selepas polis menumpukaan lokasi pencarian di sebuah rumah berkunci di bandar Carnarvon, tepi pantai tidak jauh dari kawasan tempatnya dilihat 18 hari lalu.

Seorang pegawai polis di Australia Barat, Col Blanch memberitahu, seorang anggota polis menemuinya di dalam rumah tersebut dan kanak-kanak itu memberitahu namanya Cleo.

Menurutnya, seorang lelaki dari bandar Carnarvon turut ditahan untuk disoal siasat selepas dia memasuki rumah tersebut kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan.

Lelaki berusia 36 tahun itu didapati tidak mempunyai kaitan dengan keluarga budak perempuan tersebut.

Budak perempuan itu kemudian bersatu semula dengan keluarganya dengan ibu Cleo menyatakan rasa lega di atas penemuan anaknya itu di media sosial.

Bagaimanapun, polis tidak memberikan sebarang butiran lanjut bagaimana Cleo boleh dikesan berada di rumah tersebut.

Pada bulan lalu, polis menawarkan sebanyak A$1 juta (RM3.08 juta) berhubung maklumat sehingga budak perempuan itu ditemui selepas ia diculik dari khemah keluarganya di pusat perkhemahan Blowholes, Macleod berhampiran bandar Carnarvon pada 16 Oktober lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: