Sinar Harian umum 11 pemenang Peraduan Kumpul dan Menang Sinar 15

Addy ketika menghoskan Finale Peraduan Kumpul Dan Menang Sinar 15 pada Selasa.
Addy ketika menghoskan Finale Peraduan Kumpul Dan Menang Sinar 15 pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Sinar Harian mengumumkan 11 pemenang bertuah bagi Peraduan Kumpul dan Menang Sinar 15 yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-15 Sinar Harian.

Pemenang bagi peraduan yang berlangsung bermula 19 Julai sehingga 31 Ogos lalu itu diumumkan pada acara Finale Peraduan Kumpul Dan Menang Sinar 15 yang disiarkan secara langsung di kesemua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Dengan jumlah hadiah keseluruhan bernila RM30,000, pemenang peraduan tersebut dibahagikan kepada tiga kategori iaitu tiga hadiah utama, lima hadiah sagu hati dan tiga hadiah bagi kategori kreatif.

Acara pada malam itu turut dikejutkan dengan pengumuman 10 cabutan bertuah peraduan tersebut dengan setiap daripada pemenang membawa pulang wang tunai sebanyak RM100.

Cabutan bertuah pada malam itu dilakukan oleh Ketua Pengarang Grup Sinar Harian, Rozaid Rahman dan Ketua Jabatan Pemasaran Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin.

Nik Justin berkata, Sinar Harian sangat berbangga dan terharu dengan jumlah penyertaan yang ditunjukkan oleh pembaca setia akhbar Sinar Harian dalam peraduan tersebut.

Menurut beliau, penyertaan lebih 20,000 peserta untuk peraduan itu merupakan satu jumlah yang agak besar memandangkan situasi negara yang berhadapan dengan kekangan pergerakan akibat daripada pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Kami memang berterima kasih dan terharu kepada pembaca setia. Agaknya, mereka pun mahu sama-sama meraikan ulang tahun ke-15 tahun bersama dengan Sinar harian,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Program Finale yang dihoskan oleh Addy Junaidi itu turut diserikan dengan kehadiran artis jemputan khas iaitu dua orang penyanyi popular negara iaitu Naqiu Mohd dan Amelina Amir.

Dalam pada itu, Nik Justin berkata, pemenang peraduan tersebut dipilih semasa sesi penjurian profesional yang diadili oleh empat orang panel iaitu Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin; Rozaid; pengacara dan penerbit TV3, Ahmad Fedtri Yahya serta penyanyi, Fazli Zainal.

Rozaid (kiri) ketika melakukan cabutan bertuah semasa acara Finale Peraduan Kumpul Dan Menang Sinar 15 pada Selasa.
Rozaid (kiri) ketika melakukan cabutan bertuah semasa acara Finale Peraduan Kumpul Dan Menang Sinar 15 pada Selasa.

Menurut beliau, berdasarkan daripada komen diberikan juri, peserta peraduan kali ini khususnya bagi kategori kreatif menunjukkan kreativiti sangat hebat dan menakjubkan.

“Pada tahun ini memang agak sukar untuk kami pilih yang terbaik. Kualiti memang hebat dan mengkagumkan,” ujar beliau.


HADIAH UTAMA


Tempat Pertama (RM15,000)

- Raja Zainah Daing Kadir, Seremban, Negeri Sembilan

Tempat Kedua (RM5,000)

- Nor Azry Syamil, Sik, Kedah

Tempat Ketiga (RM2,000)

- Siti Aisyah Abdul Rahman, Mersing, Johor


HADIAH SAGUHATI (RM500)


- Ahmad Khairudin, Sendayan, Negeri Sembilan.

- Rokiah Mohd Dahlan, Rembau, Negeri Sembilan

- Muhammad Najib bin Abdul Razak, Cheras, Kuala Lumpur

- Mohd Firdaus Aziz, Sungai Petani, Kedah

- Ahmad Najib bin Mohamad, Kuala Lumpur


KATEGORI KREATIF


Tempat Pertama (RM3,000)

- Azlinda Remik Zainal Abdul Razak, Rawang, Selangor

Tempat Kedua (RM1,500)

- Norzana Jumri, Sabak Bernam, Selangor

Tempat Ketiga (RM1,000)

- Nurul Aini Binti Mohd Zaki, Puchong, Selangor