'Sangat jelas orang Sabah, Sarawak disisihkan' - Shafie Apdal

 Kerajaan Persekutuan didakwa sekali lagi menyisihkan orang Sabah dan Sarawak apabila hanya RM10 juta diperuntukkan bagi pembangunan untuk semua kaum di kedua-dua negeri itu. Gambar hiasan.
Kerajaan Persekutuan didakwa sekali lagi menyisihkan orang Sabah dan Sarawak apabila hanya RM10 juta diperuntukkan bagi pembangunan untuk semua kaum di kedua-dua negeri itu. Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan didakwa sekali lagi menyisihkan orang Sabah dan Sarawak apabila hanya RM10 juta diperuntukkan bagi pembangunan untuk semua kaum di kedua-dua negeri itu.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna), perkara itu dapat dilihat apabila kaum lain seperti Melayu, China dan India mendapat jumlah peruntukan yang jauh lebih besar.

"Dalam Bajet (2022) ini, peruntukan yang diberikan kepada kaum Cina adalah RM200 juta, kaum India RM145 juta dan orang asli adalah RM247 juta. Sangat jelas, sekali lagi orang Sabah dan Sarawak disisihkan oleh kerajaan Persekutuan.

"Namun, peruntukan pembangunan untuk semua kaum (anak negeri) di Sabah dan Sarawak hanya RM10 juta. Dimanakah keadilannya?

"Saya berpendirian, untuk mencapai kemakmuran dalam negara ini, kerajaan perlu berlaku adil kepada semua negeri.

"Janji yang dibuat kepada Sabah dan Sarawak ketika penubuhan Malaysia pada 1963 mesti dikotakan untuk kebaikan bersama," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Tambah beliau, hanya dengan pembahagian kekayaan dan sumber yang adil dan saksama sahaja, yang boleh membuatkan kita hidup aman damai dan berdaya maju.

Artikel Berkaitan: