X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

Liverpool bakal 'kehilangan' Keita

Keita - Foto This In Anfield
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp memberi bayangan bahawa pemain tengahnya, Naby Keita berkemungkinan besar akan diketepikan pada aksi Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid pada Khamis ini akibat kecederaan.

Menurut Klopp, pihaknya kini masih menunggu imbasan mengenai kecederaan yang dialami Keita untuk menentukan tahap keseriusan kecederaan tersebut.

“Dia (Keita) memberitahu saya sambil menunjukkan hamstringnya. Jadi saya tidak tahu tahap serius kecederaannya dan akan tunggu keputusan imbasan baru boleh tahu sama ada dia boleh bermain atau tidak.

“Buat masa sekarang saya masih belum nampak Keita akan bermain dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini, pemain tengah Guinea itu terpaksa dikeluarkan selama beraksi selama 19 minit permainan ketika mereka seri 2-2 dengan Brighton & Hove Albion, kelmarin.

Ketiadaan Keita itu memberi tamparan buat kelab Merseyside itu yang turut kehilangan beberapa tonggak di bahagian tengah, ketika pemain tengah itu kini berada dalam prestasi terbaiknya di Liverpool.

Untuk rekod, sepanjang musim 2020-21, Keita hanya diturunkan dalam 10 perlawanan liga disebabkan beberapa siri kecederaan yang dialaminya manakala diturunkan tujuh kali pada musim ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!