Aguero diketepikan tiga bulan

Sergio Aguero
Sergio Aguero
A
A
A

PENYERANG Barcelona, Sergio Aguero akan diketepikan selama tiga bulan selepas pemeriksaan jantung dibuat ke atas bintang Argentina itu kata kelab Sepanyol itu dalam satu kenyataan semalam.

Pemain berusia 33 tahun itu dimasukkan ke hospital untuk ujian jantung selepas dia digantikan akibat sakit dada pada separuh masa pertama ketika kelab Catalan itu seri 1-1 dengan Alaves pada Sabtu.

“Susulan pemeriksaan jantung, penyerang Barca Aguero telah menjalani prosedur diagnostik dan terapeutik dengan Dr Josep Brugada hari ini.

"Dalam tempoh tiga bulan akan datang keberkesanan rawatan itu akan dinilai untuk menentukan bila dia (Aguero) boleh kembali," kata kelab itu.

Untuk rekod, Aguero telah membuat lima penampilan bersama Barcelona sejak menyertai gergasi Sepanyol itu secara percuma dari Manchester City pada musim panas ini.

Aguero juga berjaya meledak gol pertamanya bersama Barcelona gol ketika kelab itu kalah 2-1 menentang Real Madrid dalam aksi El Clasico tempoh hari.

Dalam pada itu, Aguero dalam ciapannya di Twitter pada Isnin, mengesahkan dirinya berada dalam keadaan yang sihat dan turut berterima kasih kepada sentiasa memberi sokongan kepada dirinya.

"Saya sihat dan bersemangat untuk menghadapi proses pemulihan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua atas mesej sokongan dan kasih sayang yang menjadikan hati saya lebih kuat," katanya.

Artikel Berkaitan: